Profil Syarikat

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG BERHAD

KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG BERHAD (MPKOP) telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 21 Mac 2014.

Koperasi ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan, anggota keluarga dan pesara Majlis Perbandaran Kluang.

Penubuhan koperasi ini juga adalah untuk menggalakkan anggota melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ekonomi disamping menabung dan berjimat cermat dalam pengurusan kewangan melalui pelaburan yang selamat dengan jaminan pulangan dividen yang menarik bergantung kepada prestasi kewangan koperasi.

Bagi memaksimumkan pulangan kepada anggota, Koperasi ini telah mempelbagaikan aktiviti yang dibolehkan didalam Undang-undang Kecil Koperasi dan tertakluk kepada peruntukan Akta dan peraturan disamping menjalinkan hubungan baik dan kerjasama erat dengan koperasi-koperasi yang sedia ada.

Koperasi komited dalam membantu anggota secara cekap dan berkesan khususnya dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi anggota dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti melalui pemuafakatan antara anggota sebagaimana moto/slogan koperasi

Muafakat Teras Kejayaan