MAJLIS PERBANDARAN KLUANG BERHAD
Sosio Ekonomi
& Kebajikan Ahli
09+
Koperasi Kakitangan MPK Berhad
Penglibatan anggota dalam aktiviti-aktiviti ekonomi
Melalui pelaburan yang selamat dengan jaminan pulangan dividen yang menarik bergantung kepada prestasi kewangan koperasi.
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan, anggota keluarga dan pesara Majlis Perbandaran Kluang.
- Menggalakkan anggota melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ekonomi disamping menabung dan berjimat cermat dalam pengurusan kewangan.
- Mempelbagaikan aktiviti yang dibolehkan di dalam Undang-undang Kecil Koperasi dan tertakluk kepada peruntukan Akta dan peraturan.
Apa Perkhidmatan
Kami Akan Bantu
Laman Web MPKOP ini dibina bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat khususnya anggota MPKOP tentang sejarah penubuhan dan perkhidmatan yang disediakan. Laman Web ini juga dibina bertujuan untuk memudahkan masyarakat atau anggota memperolehi segala informasi dengan tepat, jelas & mudah.
- Faedah yang diperolehi sekiranya seseorang itu menjadi anggota Koperasi MPKOP ialah memperolehi manfaat sumbangan kebajikan antaranya:
- Sumbangan Perkahwinan
- Sumbangan Kelahiran Anak
- Sumbangan Persaraan
- Khairat Kematian
- Sumbangan Menunaikan Ibadah Haji
- Sumbangan Menerima Rawatan Hospital
- Sumbangan Pelajaran
- Anggota Ditimpa Bencana
- Pulangan dividen tahunan daripada jumlah Saham yang terkumpul.
6 bulan selepas disahkan menjadi anggota Koperasi MPKOP.
Permohonan menjadi anggota MPKOP hendaklah dibuat dalam borang rasmi PERMOHONAN ANGGOTA BARU yang boleh diperolehi di (link borang ANGGOTA BARU) dan diberikan kepada kakitangan Koperasi yang bertanggungjawab.
- Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan, pesara Majlis Perbandaran Kluang, pegawai-pegawai pinjaman, Pegawai Tadbir Negeri Johor dan keluarga, yang pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Kluang.
- Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi MPKOP ini mestilah:-
- Warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur 18 tahun;
- Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
- Bukan seorang yang:
- Tidak Upaya dari segi mental;
- Bankrap yang belum dilepaskan;
- Terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar;
- Telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu
Jumlah terkumpul modal saham yang dibenarkan bagi anggota adalah tidak melebihi RM 5,000.00 dan tidak kurang daripada RM 500.00
Tambahan syer boleh dibuat di kaunter pejabat KOPERASI MPKOP atau pembayaran melalui sistem perbankan dalam talian (FPX). Borang penambahan modal syer boleh didapati di (link borang tambah saham).
Segala maklumat berkenaan baki saham anggota adalah SULIT, anggota perlu hadir sendiri di pejabat koperasi atau dengan log masuk ke SISTEM KEANGGOTAAN (link login sistem anggota) yang terdapat dalam laman website ini.
Selepas yuran dan bayaran penuh saham dijelaskan serta telah disahkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi.