- Home
- Pengurusan Gunung Lambak Resort
MPKOP Berhad telah diberi hak penjagaan dan pengurusan Gunung Lambak Resort pada November 2019. Tempoh Hak Penjagaan dan Pengurusan yang diberi adalah selama 18 Tahun. Gunung Lambak Resort merupakan salah satu kawasan yang menjadi daya tarikan pelancong ke Daerah Kluang. Peluang yang diberi telah diambil oleh MPKOP dengan melantik rakan strategik iaitu Teras Living Sdn Bhd bagi membantu MPKOP dalam pengurusan Resort dan naiktaraf Gunung Lambak Resort.
Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil kesan daripada pandemik yang melanda, banyak perancangan menaiktaraf Gunung Lambak Resort yang dirancang bagi tahun 2021 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan yang dilantik telah sedaya upaya untuk memenuhi pelan perancangan yang dirancang bagi menaiktaraf Gunung Lambak Resort. Pengurusan Koperasi juga terpaksa menggandakan usaha dalam membantu pihak pengurusan yang dilantik dalam memantau perkembangan projek naiktaraf yang dijalankan serta menyediakan Pelan Perancangan Pembangunan Menaiktaraf Gunung Lambak Resort.
Dalam tempoh pandemik yang melanda, MPKOP telah menerima sebanyak RM22,000.00 bagi bayaran sewaan Gunung Lambak Resort.