- Home
- Pembekalan Jualan Batu Kuari
Koperasi MPKOP secara rasminya telah diluluskan pembukaan akaun kredit – had kredit oleh Syarikat Kuari Sinaran Cemerlang pada 10/10/2020 dengan had kredit pembiayaan berjumlah RM200,000. Melalui surat kelulusan ini pihak MPKOP berpeluang untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan batu kuari kepada mana-mana kontraktor yang berminat untuk mendapatkan bekalan batu kuari bagi melaksanakan kerja membuat mahupun membaiki struktur jalan raya melalui kaedah penurapan ataupun pelebaran jalan. Antara jenis baru kuari yang dibekalkan adalah terdiri daripada jenis batu premix AC-14, ACB-20, crusher run, RS-IK Tack Coat dan pelbagai lagi mengikut spesifikasi yang dipohon oleh para kontraktor pembuat jalan.
Hasil daripada aktiviti pembekalan jualan batu kuari ini koperasi MPKOP telah memperoleh hasil pendapatan berjumlah RM183,566 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.