Pusat Rawatan Kesihatan 3 Dalam 1

LATAR BELAKANG

MPKOP Berhad merupakan rakan strategik kepada Medicap Sdn Bhd bagi projek dibawah sektor kesihatan yang dirancang dibangunkan di Kedai milik MPKOP Berhad di Taman Tasik Indah. MPKOP telah mula mengambil langkah berani dengan menandatangani MOU bersama rakan strategik Medicap Sdn Bhd bagi merealisasikan impian memiliki pusat kesihatan 3 dalam 1 dibangunan milik koperasi.

PERANCANGAN PEMBUKAAN PUSAT KESIHATAN

Pada tahun 2021 Rakan Strategik MPKOP (Medicap Sdn Bhd) telah mula mengambil bahagian secara aktif dalam memulakan langkah awal bagi perancangan membuka Pusat Dialisis, Klinik dan Pusat Rawatan Kesihatan. Perancangan pembukaan pusat kesihatan ini telah mendapat kelulusan didalam Mesyuarat Agung Tahunan MPKOP kali ke 6 dan dirancang dibuka dibangunan milik MPKOP di Taman Tasik Indah dimana ianya merupakan kawasan yang strategik dimana pusat kesihatan ini akan dikendalikan oleh doktor yang berpengalaman bersama kakitangan yang terlatih. MPKOP juga merupakan Koperasi pertama di Kluang yang menjalankan projek usahasama bersama pihak Medicap Sdn Bhd dalam mewujudkan Pusat Dialisis beserta pakej yang lengkap dengan Pusat Rawatan Kesihatan dan Farmasi.

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KESIHATAN ‘WELLNESS CENTRE’ USAHASAMA MPKOP DAN MEDICAP SDN BHD PADA 16.3.2022